Selamat Datang Ke Blog saya. ZAITUN BINTI LINGKAS, D20112054553, UNIVERSITI SULTAN IDRIS

Total Pageviews

Friday 7 December 2012

LATIHAN TATABAHASA

  

  1.    Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.[pahit/manis/pedas.]

  2.    Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan  itu.[lembut/panjang/usang]

  3.    Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .[hancur/retak/pecah]

  4.    Pokok-pokok yang  ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan  segera.[condong/bongkok/jatuh]

  5.    Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya  semalam telah  _____________________.[tengik/busuk/basi]\

  6.    Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]

  7.    Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]

  8.    Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan ringan.[empuk/lemau/lembik]

  9.    Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika tidak ditutup dengan  ketat.[retas/rangup/lemau]

  10.  Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.[regang/sempit/longgar]

  11.  Nordin sentiasa  _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam
          peperiksaan.[tekun/malas/benci]

  12.  Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]

  13.  Malam ini ____________ benar.[rajin/pesar/gelap]

  14.  Buah pokok durian itu ______________sekali.[lebat/banyak/garau]

  15.  Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]

  16.  Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________[hening/gopoh/hijau]

  17.  Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat ______________________[kasar/pelik/bodoh]

  18.  Baju ___________________________ itu kepunyaanku.[merah/redup/cerah]

  19.  Warna ________________________- tidak digemari oleh ramai orang.[hangit/perang/renek]

  20.  Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________ ke mana-mana saja dia pergi.[panjang/singkat/labuh]

 

Friday 30 November 2012

Kesalahan Tatabahasa - Kata Sendi

"hah, apa nak buat bosan lah">>>
Kata Sendi
  • Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada dan ke dan kepada. 
  • Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu.
  • Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan  keanggotaan.
Salah
1. Saya menunggu Ah Seng daripada pukul satu.
2. Saya menerima surat dari Mak Siti.
3. Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
4. Dia datang daripada Johor Bahru.
5. Meja ini dibuat dari kayu.
Betul
1. Saya menunggu Ah Seng dari pukul satu.
2. Saya menerima surat daripada Mak Siti.
3. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
4. Dia datang dari Johor Bahru.
5. Meja ini dibuat daripada kayu.
  • Kata di digunakan untuk tempat sahaja.
  • Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.
      "saya belajar">>>             
 
Salah
1. Dengan pendapat saya, kerja itu patut dibereskan.
2. Ibu menyapukan kaya dengan roti.
3. Beg itu ada dengan Mary.
4. Ali bermain bola pada belakang rumah.
 Betul
1. Pada pendapat saya, kerja itu patut dibereskan.
2. Ibu menyapukan kaya pada roti.
3. Beg itu ada pada Mary.
4. Ali bermain bola di belakang rumah.
  • Kata ke digunakan untuk tempat , masa, dan benda konkrit tak bernyawa.
  • Kata kepada digunakan untuk benda bernyawa.
Salah
1. Hadiah itu diberikan ke Ahmad.
2. Ibu pergi kepada pasar setiap pagi.
3. Siti mengirim surat ke sahabatnya.
Betul
1. Hadiah itu diberikan kepada Ahmad.
2. Ibu pergi ke pasar setiap pagi.
3. Siti mengirim surat kepada sahabatnya.    
                                                        
                                                 "saya berjaya,
                                                          Jum belajar Tatabahasa"

Saturday 24 November 2012


Harta karun Pak Pandir

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".